Siapa tonton cerekarama Pelarian buah tangan Azma Aizal Yusof mesti rasa drama ini ada nilai kasih sayang adik beradik di level yang tinggi. Lakonan Syarifah Amani sebagai Miza kakak kepada Mamat lakonan Aeril Zafrel yang mengendong adik kecil bernama Bobok lakonan adik Puteri Balqis. Tiga beradik datang ke Kuala Lumpur untuk mencari ibu dan salah seorang adik beradik mereka yang tak pulang sekian lama.
Dari awal cerita memang nampak seperti adik beradik yang sangat secocok, lakonan Syarifah Amani sebagai kakak yang tegas tapi bertanggungjawab pada adik-adik, dahlah si ibu tak ada khabar berita ke Kuala Lumpur untuk cari ayah, maka anak yang tinggal bagai “Pelarian“. Memang sedihlah jika memang realiti ada anak yang bersusah payah cari ibu bapa. Kuala Lumpur digambarkan sebagai kawasan pelarian kanak-kanak yang hilang ibu bapa dan penjaga, ada pula sendikit pemerdagangan orang.
Betul juga kalau kakak masih sekolah bawa dua adik kerja apa yang boleh si kakak buat kalau tak sebagai pembantu kedai, nak bayar sewa dan tangung adik-adik sambil cari ibu yang hilang memang payah, kalau tak bayar sewa realiti memang tak ada orang yang kesian. Tengok si abang yang mengendong adik ke hulu ke hilir sangat menyayat hati, pegang tangungjawab sebelum tiba masanya. Si adik pula memang pandai berlakon, memang tersentuh menonton.
Pandai pengarah menyusun cerita waktu si kakak kena tangkap sendikit pemerdangangan orang, bila si kakak terjatuh waktu lari mestilah si abang pergi cari adik kecil dulu sebab tahu kakak pandai jaga diri, tak sangka kakak termasuk jerat. Mamat pun sebagai abang tetap cari kakak sambil jaga adik, bila ada orang nak bantu tetap nak usaha sendiri. Tak sangka, Mamat dan Bobok juga kena tangkap dengan sendikit yang sama dengan kakak mereka, si kakak bila tahu adik-adik dia akan dijual takkan nak biarkan. Waktu Miza ambil pistol minta lepaskan adik-adiknya itu memang sangat sedih, budak sekolah menengah nak pertahankan adik beradik (jangan lihat dari usia sebenar pelakon) dari masuk sendikit pemerdagangan orang. Tiga adik beradik menagis sesama sendiri memang buat saya pun bergenang air mata. Bila kakak kena tembak dan meninggal, sugul betul muka Mamat dan Bobok.
Biasalah penutup cerita mestilah sudut baik, rupanya lelaki yang selalu ekori Mamat adalah dari Yayasan Rabiah yang menjaga kanak-kanak terbiar di Kuala Lumpur, Polis dapat menahan sendikit ini dan selamatkan kanak-kanak yang telah ditangkap, Mamat dan Bobok pun dihantar ke Yayasan Rabiah, milik kakak yang sentiasa membantu mereka. Rupanya Usop, adik beradik mereka yang kurang upaya tinggal di situ selepas kematian ibu mereka yang terbunuh ketika membantu kakak Rabiah selamatkan kanak-kanak yang ditangkap, barulah Mamat tahu ibu mereka meninggal dunia dan dia redha kerana ibu mereka sentiasa berpesan ‘kita kena percaya pada Qada dan Qadar“. Jujur sungguh Mamat dalam drama ini, bermain dengan perasaan adik beradik sangat emosi juga. Bertuah kita punya adik beradik.
Pemilihan pelakon yang tepat dan berkesan, penggunaan pakaian yang comot memang sangat simpati hati ini, cara si kakak yang tegas, si abang yang bertanggungjawab dan si adik yang pandai berdikari walaupun kecil lagi. Cuma, kenapalah kematian si ibu tak dikhabarkan pada mereka, taklah mereka tiga beradik perlu mencari ibu mereka. Kalau mereka bertiga cari ibu sampai ke Kuala Lumpur itu memang logik kerana pemikiran budak-budak yang kuat rasa ingin tahu dan berdikari, lagipun mereka datang bertiga dan berusaha bersama-sama.
Ayah tak bertanggungjawab, ibu pula cuba mencari suaminya sambil membawa anak istimewa sambil tiga yang lain ditinggalkan. Tak sangka si ibu yang sampai ke Kuala Lumpur nak membantu orang telah menyebabkan nyawanya melayang dan anak istimewa dipelihara orang yang dibantunya. Tiga beradik yang ditinggal ibu sekian lama mestilah nak cari ibu yang tak pulang dan ini pula nasib mereka, hujung cerita si kakak terkorban kerana demi keselamatan adik-adik. Tinggal mereka tiga beradik semula, alahai mana si ayah?.
Untungnya kita yang memiliki ibu bapa.
Cerita isi selang seli dengan lagu Yuna “terukir Di Bintang”
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


puan kutu says:
menarik cerita nie bila tgok iklan.mmg nak tgok tp mlm tadi FIL datang.beliau tgok tv2 pulak.terpaksa layankan.hehe..
puan kutu recently posted..Terlebih Pandai
azura says:
jadilah Puan Muni iklan pun iklan jela
Yus says:
tengok kejap je cerita ni sebab ada kerja lain. permulaan dia macam menarik, lepas tinggal kejap tak tengok lagi dah.. hehe
Yus recently posted..The Grey – Movie Yang Harus Anda Tengok
fakhruddin says:
best betul cerita ni..
adik bradik yang tabah menghadapi dugaan…
fakhruddin recently posted..[ Perlawanan Bola Sepak ]Artis Malaysia & VVIP KAFA Kelantan
azura says:
jalan cerita penuh kesedaran itu yang buat penonton rasa best…
hafizmd says:
As salam.
Best jugak citer ni. Cuma akhirnya tak dapat bersatu dgn ibunya yg dah mati.
Mmg sarat penuh dgn kasih sayang =)
hafizmd recently posted..Projek Review Blog di Alexa.com Bermula
azura says:
ibu dia takda, kakak pun meninggal memang sedihla
suri says:
lagu yuna makin lama mkin byk di guna pakai dalam cerita tv…hee…
suri says:
mmg tgok pastu mgis sdri2 kt ruang tamu.tapi klo ada org yg sudi menadah bagus jugak
azura says:
kena nyanyi lagu hapuslah air matamu ni Suri