Bandingkan fungsi dan kawalan otak kiri dan kanan
OTAK KIRI
Bahasa
Nombor
Fakta/Logik
Urutan/Linear
Analisa
Lirik
Bukti
Objektif
Tersurat
Kecenderungan global
OTAK KANAN
Bentuk
Imaginasi
Manipulasi
Global
Ritma/rentak
Penerokaan idea
Subjektif
Tersirat
Kecenderungan analitik
Otak kanan lebih cenderung pemikiran kreatif manakala Otak kiri berbentuk kritis.
Pemikiran Analitikal (otak kiri)
· Suka belajar sendiri atau di bawah
Pengawasan orang dewasa/pakar
· Suka belajar dalam cahaya terang
· Suka makan selepas selesai kerja
· Suka kedudukan belajar formal
· Suka melakukan kerja satu per satu
Pemikiran Global (otak kanan)
· Suka belajar bersama rakan sebaya
· Suka belajar dalam cahaya samar
· Suka makan semasa kerja
· Suka kedudukan belajar tidak formal
· Suka melakukan beberapa kerja serentak
· Suka belajar dalam keadaan bising
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap tubuh bahagian kiri dan sebaliknya.
Bila otak kanan seseorang lebih dominan, maka orang tersebut cenderung menjadi kidal atau aktif dengan bahagian tubuh kiri. Kedua-dua belah otak sangat identik tapi berbeza fungsi. Masing-masing otak berperilaku berbeza.
Sebelum tu mari kita kenali fungsi otak. Otak adalah organ tubuh yang paling penting bagi kehidupan manusia. Jika manusia diibaratkan seperti sebuah komputer, otak adalah processornya.
Otak manusia terdiri lebih dari 100 million saraf yang masing-masing terkait dengan 10 ribu saraf lain. Otak adalah organ tubuh vital yang merupakan pusat pengendali sistem saraf pusat.
Otak belahan kiri dan belahan kanan memiliki fungsi masing-masing. Berikut adalah fungsi masing-masing belahan otak:
Otak belahan kiri
Otak kiri dicirikan dengan sifat-sifat yang berhubungan dengan kemampuan analisis, logik, urutan, objektif dan rasional. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan menggunakan otak kiri cenderung memiliki pendekatan rasional terhadap kehidupan.
Orang yang dominan otak kiri akan lebih tertarik dengan angka, kata-kata atau simbol. Dengan cara berfikirnya yang logik dan rasional, individu dengan dominan otak kiri cenderung melakukan kemampuan analisa dengan baik. Misalnya dalam bidang teknik atau akauntan.
Orang dengan dominan otak kiri berpengalaman dalam perencanaan, dan orang ini jarang sekali melakukan persiapan di saat-saat terakhir.
Otak belahan kanan
Di sudut lain, sifat-sifat yang berkait dengan otak kanan adalah intuisi, subjektif, holistik (secara menyeluruh) dan sintesis. Dengan sifat-sifat ini, orang yang dominan dengan otak kanan cenderung lebih kreatif berbanding orang yang dominan otak kiri.
Kenyataan bahawa orang dengan dominan otak kanan lebih cenderung menyukai aspek visual, sehingga orang-orang tersebut jarang menganalisis masalah secara terperinci.
Individu dengan dominan otak kanan cenderung lebih kreatif dan intuisi, baik di bidang seni yang kreatif, mahupun di bidang-bidang lainnya. Individu tersebut memiliki waktu yang tepat untuk mengutamakan hal-hal yang penting, kerana sebahagian besar keputusan yang dibuat pada saat terakhir.
Jika dua individu diberikan beberapa permasalahan, satu dengan dominan otak kanan dan yang lainnya dengan dominan otak kiri, orang dengan dominan otak kanan akan mulai bekerja tanpa melalui panduan manual. Sedangkan individu dengan dominan otak kiri akan melakukannya melalui manual, memahami konsep, baru kemudian menangani masalah tersebut.
sumber : kilk sini


tehr says:
Masing2 ada kelebihan
Kalau keduanya bekerjasama itu lebih baik
tehr recently posted..Kehebatan Lelaki 70 Tahun
TopiJerami90 says:
memang sangat berbeza..
ini lah anugerah tuhan kepada kita semua
TopiJerami90 recently posted..Sinopsis 8 Jam Filem Terbaru
titan says:
em..entahlah. aku rasa dua-dua otak aku guna hari-hari. haha
titan recently posted..Komisen ke 11 dari 701panduan