Jejaka yang selalu menjadi kapten dalam skuad pasukan mendapat jolokan “Captain Tsubatem” dengan nicname Bad. Dilahirkan pada 1 Februari 1988 di Sarawak dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Ibu dan ayahnya berasal dari Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak keempat dari lima beradik dan ayahnya adalah pesara tentera.
Beliau memulakan langkah sebagai pemain bola sepak apabila menyertai Pasukan Bola Sepak negeri Kedah pada tahun 2005. Kemudian menyertai skuad bawah 19 tahun kebangsaan. Beliau pernah mendapat peluang mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge pada tahun 2008 kerana aksi beliau dapat perlawanan menentang Chelsea menarik minat kelab itu. Posisi beliau yang selesa di bahagian tengah sebagai sayap kanan adalah sangat konsisten.
Beliau antara pemain yang menjulang emas sukan sea 2009 dan emas sukan sea 2011. Aksinya pernah menarik minat kelab Wigan Athelic FC, sebuah kelab liga perdana Inggeris mempelawa Baddrol Bakhtiar menjalani sesi ujian untuk menyertai Wigan pada pertengahan tahun 2011 namun ditolak kerana setia bersama skuad bola sepak Kedah.
Kini, beliau ingin mengikut jejak penyerang Harimau Malaya, Safee Sali ke kelab Pelita Jaya yang sedang kontroversi, Indonesia yang menawarkan profesion buat beliau. Tidak tahu apa keputusannya, adakah berhijrah ke Pelita Jaya atau masih setia bersama Kedah akhirnya terjawab sudah apabila beliau kekal Kapten Bola Sepak Kedah.
p/s : Heroku ingin ke Pelita Jaya, pergilah jika itu yang terbaik walaupun ura-ura kelab Queen Park Rangers milik Tony Fernandes bercadang akan ambil tonggak Harimau Malaya ke sana. Nampaknya my hero masih kekal dengan jersi hijau kuning, gembira rasa hati.
Anak murid saya ada yang layak masuk sekolah sukan, moga berjaya seperti kapten Baddrol Bakhtiar.


Petua Emak Hot says:
Semoga anak murid cikgu tu berjaya menyinarkan lagi Harimau Malayu bila dia besar nanti…
Petua Emak Hot recently posted..Petua menghilangkan bau badan dari keluarga
azura says:
memang berharap yang terbaik…
alieza dayasari says:
antara pemain yg berbakat besar.. inilah dia..
smart sih dia main masa sukan sea. baru kenal dia…
hihi
saja singgah sini. usha entri jentik iklan..
sama2 tambah tabung…
alieza dayasari recently posted..Lisa Surihani Menyanyi, Jom Dengar!
azura says:
smart kan…sampai saya pun jatuh cinta nih…alamak
Lizz says:
pelita jaya memang hebat, pergilah kalau dapat menimba ilmu dengan orang sana pula. nanti balik semula.hehehehe
Lizz recently posted..Live Gerhana Bulan Penuh Malam 10 Disember 2011
azura says:
tak salah nak masuk pelita jaya tapi lebih baik tunggu yang lebih baik….kalau cik abang nak pergi juga pergilah sebab kita bukan siapa-siapa buat dia…
zik says:
kontrak di hijau kuning masih ada setahun… seakrang nih tengah kecoh dekat fb sukan.. pasal liga indonesia black list.. pasal haram .. so safee sali tak boleh main untuk negara ..apepun masih lagi tak clear… entahla…
zik recently posted..Video temuramah Harimau Muda di Stadium Angkasa (Hafizal Hamad)
azura says:
itulah bimbang juga, sudahlah masalah masyarakat Indonesia, tambah pula masalah liga Indonesia ada dua so FIFA nak bagi amaran…dengarnya walaupun liga super Indonesia tak sah tapi waktu pelita jaya join liga tu masih sah sebab Indonesia belum iktiraf liga primeum yang sekarang kononnya sah…jadi Safee tak perlu risau dan seeloknya balik masuk Selangor FC lepas habis kontrak atau offer yang grand..
titan says:
aduh..lepas satu..satu..
titan recently posted..Komisen ke 29 dari Paid-to-Promote.net
azura says:
yang ni admire tau…