papan kekunci dot com

wanita yang menaip di ruang sesempit blognya

Terima kasih skuad harimau muda Malaysia

Terima kasih harimau muda Malaysia atas usaha gigih mempertahankan emas bagi acara bola sepak sukan sea 2011 di Jakarta, Indonesia. Sesungguhnya sokongan padu rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama sangat padu. Kita bukan sahaja berjaya memiliki emas yang sangat unggul tetapi maruah sangat terbela, alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt atas kejayaan skuad harimau muda Malaysia yang membuat saya menitiskan air mata gembira bersama jutaan rakyat Malaysia. Maruah negara kita sungguh bernilai untuk dipertahankan.

Terima kasih skuad harimau muda, walaupun berjuang 120 minit dengan terikat 1-1, kita tetap berjaya, semua orang gembira tak kira apa jua lapisan masyarakat sama ada menteri paling besar hingga budak kecil yang comel. Satu Malaysia bangga dan gembira hingga menangis. Saya menonton berita tv3 jam 8 malam, sokongan padu pembaca berita yang memakai jersi harimau muda sangat patriotik iaitu Nasaruddin Tajudin dan Norliza Mohd Zin, memulakan perlawanan jam 8.30 malam sangat di tunggu di serata Malaysia. Tabah Syazwan pengulas sukan merah matanya menyampaikan berita kita berjaya memiliki emas.

Memulakan perlawanan dengan 1 gol sepakan penjuru yang berjaya Indonesia perolehi, namun semangat juang kapten Baddrol Bakhtiar yang di tanduk secara hampir baring oleh Asraruddin Putra Omar sangat berharga untuk terikat 1-1. Asraruddin yang selalunya berada di pertahanan menjadi penyerang malam ini. Kapten Baddrol Bakhtiar jatuh mungkin 7 kali akibat asakan hingga terjingkit-jingkit namun jaringan luar biasa Baddrol Bakhtiar sangat berharga walaupun sekadar sepakan penalti yang meletakkan negara sebagai juara bermaruah. Terima kasih Asraruddin Putra Omar, terima kasih Baddrol Bakhtiar.


Pemain pertahanan yang di pertaruhkan sebagai penyerang menjaringkan gol sukan sea 2011 dengan semangat juang yang tinggi.

Kredibiliti Khairul Fahmi Che Mat sangat saya hormati, beliau sangat berkuasa di gawang jagaannya, terima kasih Khairul Fahmi Che Mat. Terima kasih Muslim Ahmad kerana tepis bola dengan bijak, terima kasih Yong Kuan Yong, anda hebat sebagai pertahanan, terima kasih Zubir Azmi, anda tangkas menjaga lawan, terima kasih Mahali Jasuli, anda penghantar bola yang sangat bijak, terima kasih Gurusamy Govandar, anda bermain kasar demi Malaysia, terima kasih Tamil Arasu, anda perlu mempertahankan pasukan Malaysia, terima kasih Fadli Mohd Shas, anda bijak menghantar bola, terima kasih Irfan Fazail, anda cuba sedaya mungkin menjaringkan gol, terima kasih Fandi Othman anda mengepung lawan, terima kasih Fakri Saarani, walaupun anda kelihatan bingung tapi anda membingungkan lawan, terima kasih Nazmi Faiz, adik yang sungguh licik di minit akhir, dan saya jatuh cinta dengan semangat, disiplin, kesungguhan, nilai murni kapten Baddrol Bakhtiar, i love u.


Kapten harimau muda Malaysia, i love u.

Ini adalah kejayaan luar biasa Malaysia, bayangkan yang menjaringkan gol adalah Asraruddin yang selalunya berada di pasukan pertahanan di beri kepercayaan sebagai penyerang dan gol yang masuk perlahan tetapi meluru tepat. Debaran yang sungguh kencang namun pujian buat semua pemain, sangat luar biasa pingat emas ini. Terima kasih atas semangat satu pasukan yang kuat saling bergandingan, siapa yang menjaringkan gol itu tidak penting tetapi kerja berpasukan itu adalah sangat penting. Kita tidak perlu penyerang paling hebat tetapi kita perlukan kerja berpasukan yang hebat.

Semoga semua kritikan, cemuhan, ejekan, hinaan dan kata-kata kesat dapat kita tepis dengan mengenggam pingat emas bola sepak sukan sea 2011 yang sangat kontroversi hingga mendapat liputan seluruh Asia Tenggara khususnya. Kita bejuang dengan niat mendapat pingat emas, maka secara jujur jika memang rezeki kita tak akan ke mana juga. Perjuangan kalah mati ini sangat berbaloi, bergema nyanyian lagu negaraku di Stadium Bung Karno mendapat pengiktirafan yang paling manis. Buktikan kepada dunia, kita masyarakat yang mempunyai semangat moral yang tinggi dan menempa nama dengan kerja berpasukan berbilang bangsa.

Ini adalah hadiah paling berharga buat maruah masyarakat berbilang bangsa Malaysia, bukan kejayaan Melayu, bukan kejayaan Cina, dan bukan kejayaan India tetapi kejayaan bangsa Malaysia. Tiada yang mustahil, segalanya boleh, Malaysia boleh. Emas milik Malaysia.

Terima kasih jurulatih Ong Kim Swee

Terima kasih pasukan harimau muda Malaysia

Terima kasih Malaysia.

Pemilik Papan Kekunci merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang wanita yang suka menaip di ruang sesempit blognya. Terima kasih kerana sudi membaca.
azura
View all posts by azura
nurs website
Category: negaraku, sukan
 Banner

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge