papan kekunci dot com

wanita yang menaip di ruang sesempit blognya

Menjelang Hari Asyura pada 10 Muharram

Hari Asyura tahun ini pada 6.12.2011 bersamaan 10 muharram 1433 hijrah.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.

7. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

8. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

9. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

10. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

11. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

12. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

dari laman web al-azim.com

Semoga kita tidak terlepas melakukan amalan sunat menjelang hari Asyura. Pada hari asyura juga selalunya kita menikmati manisnya bubur Asyura. Jika di kawasan perumahan saya, bubur Asyura adalah seperti bubur lambuk yang di masak bubur putih yang masin, satu lagi bubur kekacang yang sangat manis. Bubur putih seperti bubur nasi dan bubur kekacang seperti bubur kacang. Berbeza dengan bubur Asyura di kampung Perak yang keras dan boleh di potong-potong.

Pemilik Papan Kekunci merupakan anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang wanita yang suka menaip di ruang sesempit blognya. Terima kasih kerana sudi membaca.
azura
View all posts by azura
nurs website
Category: Islam itu indah
 Banner
  • Denaihati says:

    bubur Asyura yang keras n boleh potong paling suka, dapat mcm2 rasa dlmnya.
    Denaihati recently posted..iPhone 4S impian jadi kenyataan

    November 28, 2011 at 7:34 pm
    • azura says:

      makcik2 saya suka buat yang jenis keras banyak kekacang tu DH…manis pulak tu

      November 28, 2011 at 7:57 pm
  • puan kutu says:

    tq atas perkongsian berguna nie azura..

    sy tak suka mkn asyura.kesian kan?ntah mungkin sbb sy tak mkn kacang hijau..
    puan kutu recently posted..Vektor Wanie & Kulit Novel

    November 28, 2011 at 8:16 pm
    • azura says:

      samala kita puan kutu, saya pun tak makan kekacang jenis bubur ni lagi2 kacang merah dengan kacang hijau…takat cuit2 je…

      November 28, 2011 at 8:34 pm
  • Kak Long Mawar Merah says:

    Terima kasih sama mengingatkan.
    Kalau musim sekolah, biasanya ada gotong royong buat bubur ni, walaupun Kak Long tak berapa suka pun makan.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Erra Fazira yang tabah dan Aaron Aziz yang berubah

    November 28, 2011 at 11:56 pm
    • azura says:

      sebab bubur kekacang kot kita ngelat nak makan…

      November 29, 2011 at 12:20 am
  • chii says:

    hari selasa depan kan..insya Allah..harap2 x terlupa utk puasa pada hari tersebut..

    bubur asyura? x berapa suka sgt…..eerr..apa pun..terima kasih untuk perkongsian

    November 29, 2011 at 3:09 pm
    • azura says:

      insyaallah selasa depan chii…mana yang elok kita buat

      November 29, 2011 at 3:19 pm

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge